Khamis, 1 Mac 2018

Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran


Lirik Lagu Kata Akhirmu – Ariff Bahran

Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku membuktikan
Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku persembahkan

Cinta Yang kau pinta
Menurut Telahan mu

Tak Mungkin ku
Coba Untuk mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu

Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku meruntuhkan
Egomu Yang sering menggunung
Dan Menolakku jauh darimu

Dimanakah Ia
Tempatku Dihatimu

Tak Mungkin ku coba
Untuk Mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu

Tak Mungkin ku
Sekalipun Akan mengalah
Demi Cintaku
Ku Coba tuk menjadi yang terbaik
Hanya Untuk dirimu sayang

Takkan Pernah ku mengalah
Untuk Menjadi yang terbaik

Tak Mungkin ku coba
Untuk Mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu

Tak Mungkin ku
Sekalipun Akan mengalah
Demi Cintaku
Ku Coba tuk menjadi yang terbaik
Hanya Untuk dirimu

Andai Kau menyedari
Besarnya Cinta ini
Dan Ku terus menanti
Kata Akhir darimu

Video Klip Lagu Kata Akhirmu – Ariff Bahran








Wanita Lumpuh Didapati Tinggal Dengan Mayat Ibu Yang Disimpan Selama...


Seorang wanita Ukraine didapati tinggal bersama mayat ibunya yang disimpan selama 30 tahun di pangsapurinnya dekat bandar Mykolaiv, di sini selepas dia diselamatkan oleh pihak polis kerana mengalami lumpuh separuh badan dan tidak dapat bergerak.

Bagaimanapun, mayat ibunya yang lengkap dengan pakaian putih, stoking hijau serta kasut biru ditemui pihak polis dalam sebuah bilik terkunci yang dipenuhi dengan sampah sarap, sisa makanan dan surat khabar lama.

Menurut jiran-jiran sekeliling, wanita berusia 77 tahun itu menyendiri di dalam rumahnya kerana mengalami lumpuh pada bahagian kaki.

Menurut laporan polis: " Untuk menyelamatkan wanita berusia 77 tahun, rumah itu perlu dipecah masuk.

"Di dalam sebuah bilik terdapat seorang wanita duduk di atas lantai, dan dikelilingi sampah.

"Pesara itu tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan. Kita membuat panggilan ambulans.

"Sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita."

Siasatan lanjut terhadap kes ini sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar kejadiaan.

Sumber- Dailymail

Rabu, 28 Februari 2018

SPIN : MALAM SEMAKIN DINGIN - (LIRIK )


Aku cuba untuk mendekati
tapi engkau tiada peduli
tulusnya niat di hati
mungkin kau tersalah erti

Bukanlah ingin merantai dirimu
ataupun mengikat janji
masih ada banyak lagi
harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
serta senyum keramahan
biar kekal berterusan
tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
walaupun setebal mana selimut membaluti
aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
yang masih lagi panjang

Kedinginanku jauh bandingan
dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman
usah bair siang kekosongan
sudilah kau memahami
ketulusan hati ini

Andainya aku merajuk bawa hati
dan kau pun membawa diri
siapa harus disalahkan
pasti kita berdua


“Perpisahan Adalan Jalan Terbaik, Saya Dah Tiada Hati Pada Intan” - Ude



Suami kepada pelakon Izreen Azminda hari ini telah mengesahkan bahawa penceraian salah satu jalan terbaik baginya kerana merasakan sudah tiada hati untuk menjalani hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana.

Tambahnya lagi dia sudah tidak mampu untuk berbohong dengan diri sendiri untuk mempertahankan rumah tangga itu sedangkan hatinya bukan pada Intan.

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,"

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.

"Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," 

Walau bagaimana pun, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.
Siakapkeli.my
Sumber: Berita Harian

Penduduk kian resah


MERSING 27 Feb. - Orang ramai melahirkan kebimbangan dengan kemunculan beberapa ekor buaya yang dapat dilihat di ka­wa­san Sungai Pengkalan Batu berhampiran bandar Mersing sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka, reptilia ter­sebut berjumlah tiga ekor de­ngan panjang melebihi tiga meter itu sering dilihat di sekitar kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Ahmad Faris, 24, berkata, buaya-buaya tersebut semakin kerap dilihat timbul dan berada di tebing sungai tersebut sejak awal tahun ini.

Dia mendakwa, buaya itu per­tama kali dilihat pada awal Januari lalu apabila timbul di ba­wah sebuah jeti tempat bot nelayan berlabuh di Kampung Pengkalan Batu.

“Ketika itu, buaya tersebut timbul di bawah jeti hampir setiap hari selama tujuh hari berturut-turut sebelum menghilangkan diri. Namun kemudian buaya tersebut muncul semula sejak tiga hari lalu.

“Kali ini tiga ekor buaya dengan saiz yang sama mula timbul di permukaan sungai dan sering di­li­hat berlegar-le­gar di kawasan sekitar. Seekor daripadanya sering naik ke tebing sungai setiap kali air sungai surut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga hari ini buaya tersebut masih dapat dilihat berada di tebing sungai setiap kali air surut tanpa menghiraukan penduduk ber­dekatan melihatnya dari jarak dekat sebelum turun kembali ke dalam sungai apabila air pasang.

Katanya, walaupun buaya itu su­dah biasa dilihat oleh kaki pancing atau mereka yang menjalankan aktiviti di sungai tersebut tetapi kali ini reptilia itu lebih kerap dan 'berani'.

“Meskipun belum pernah berlaku kejadian yang tidak diingini membabitkan buaya tersebut di Sungai Mersing ini te­tapi situasi itu tetap membimbangkan penduduk setempat.

“Ini kerana kini buaya-buaya itu semakin kerap menampakkan diri di permukaan sungai sekitar kawasan penempatan,” katanya yang sering datang ke sungai itu untuk memancing.

Madu Izreen Akui Bingung, Tak Tahu Apa Salah Sehingga Mahu Diceraikan


Sejak semalam peminat hiburan tempatan dikejutkan lagi dengan satu berita panas mengenai pemuzik bebas Ude yang juga merupakan suami kepada aktres Izreen Azminda, mengambil keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya iaitu Intan Liana Saleh.

Laporan BH online menyebut, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mengaku sudah tiada hati terhadap wanita itu.

Meskipun berasa sangat sedih, namun Intan, 33, reda dengan keputusan suaminya untuk menceraikan dia secara baik walaupun hakikatnya dia enggan perkara itu terjadi.

Memetik laporan mStar online, Intan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti.

“Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara ini,” jelas Intan.

Pasangan tersebut sepatutnya menjalani proses lafaz cerai pada Rabu (semalam) namun ia ditanggungkan pada 22 Mac depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Dalam pada itu, Intan mengakui masih menyayangi suaminya itu dan binggung dengan tindakan Ude yang mahu menceraikannya.

"Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagian saya dan dia.

"Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana,” ujarnya.

Sebelum ini, Intan pernah memberitahu sanggup menerima pelakon Izreen Azmindar sebagai madunya selepas mengetahui mereka sudah berkahwin dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Menurut Izreen, 33, pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun lalu atas permintaan suaminya itu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan Liana berkahwin pada 1 Mac 2013.

"Saya Benar-benar Minta Maaf" - Lofa


Selepas tiga hari menerima pelbagai kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, akhirnya Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di Zouk, Isnin lalu, yang mencetuskan kontroversi.

Menerusi status di Instagram, Neelofa memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif berhubung pemilihan kelab malam itu sebagai lokasi acara.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku.

"Kami akan memberi perhatian yang lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan. Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya," katanya.

Bintang drama Suri Hati Mr. Pilot dan Red Velvet ini juga mengaku dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan. Saya akui diri saya tidak sempurna dan saya hormati semua pandangan dan maklum balas. Saya benar-benar minta maaf," katanya.

Semalam, syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi yang tercetus.

Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.