Rabu, 28 Februari 2018
"Saya Benar-benar Minta Maaf" - Lofa
Selepas tiga hari menerima pelbagai kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, akhirnya Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di Zouk, Isnin lalu, yang mencetuskan kontroversi.
Menerusi status di Instagram, Neelofa memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif berhubung pemilihan kelab malam itu sebagai lokasi acara.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku.
"Kami akan memberi perhatian yang lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan. Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya," katanya.
Bintang drama Suri Hati Mr. Pilot dan Red Velvet ini juga mengaku dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu.
"Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan. Saya akui diri saya tidak sempurna dan saya hormati semua pandangan dan maklum balas. Saya benar-benar minta maaf," katanya.
Semalam, syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi yang tercetus.
Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan